Thursday 15 November 2012



Semoga Dapat Membantu Anda

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN GAGASAN 1MALAYSIA 

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Gagasan 1Malaysia kerap menjadi bahan perbincangan oleh pemimpin negara dan surat khabar. Gagasan IMalaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Gagasan 1 Malaysia ini adalah satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020.

Antara kebaikan gagasan 1 Malaysia ialah perpaduan kaum dapat terus terpelihara. Perpaduan kaum amat penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Dengan wujudnya perpaduan kaum, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identity nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

Selain itu, gagasan 1Malaysia juga dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat. Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, eKasih, BR1M, Program Bantuan Rumah(PBR), Program Jalan Luar Bandar(JALB), Program Bekalan Air Luar Bandar(BALB), Kebajikan rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dan sebagainya. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan dan meningkatkan kualiti taraf hidup mereka dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Kerajaan telah membuat perubahan strategi seperti dasar liberalisasi dan pemberian insentif kepada pelabur asing. Kedatangan pelabur asing ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Walaubagaimanapun, Antara keburukkan  gagasan 1Malaysia yang pertama ialah konsep kesamarataan taraf iaitu orang melayu setaraf dengan kaum-kaum lain yang ada di negara kita. Hak keistimewaan orang melayu akan tergugat sekiranya mereka dilayan setaraf dengan kaum lain. Kita memang perlu menjaga kepentingan kaum lain di Negara kita tetapi bukan dengan cara menyamakan taraf mereka dengan orang melayu. Perkara ini lama kelamaan akan menjadikan kaum lain hilang rasa hormat mereka terhadap orang melayu kerana mereka menganggap Malaysia Negara mereka  dan mereka berhak ke atasnya. 

Selain itu, mengikut salah satu laporan Program Transformasi Kerajaan(GTP), Negara kita membuka peluang kepada pelabur luar untuk melabur dalam Malaysia yang berorientasikan masa hadapan dengan menggunakan pelaburan dan tabungan yang tinggi dan pengagihan dan pengemblengan sumber berasaskan pasaran. Laporan ini menunjukkan bahawa tiada formula khusus untuk pertumbuhan mampan. Walaupun sistem berasaskan pasaran adalah penting dalam mengagihkan sumber secara optimum, Kerajaan perlu memainkan peranan aktif dalam pembangunan ekonomi. Justeru, transformasi ekonomi pada lazimnya dilaksana secara berhemat berasaskan keupayaan institusi. Laporan ini juga menekankan kepentingan menjelaskan wawasan masa depan negara yang menyakinkan kerana proses transformasi menuntut pengorbanan rakyat untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sekiranya, transformasi ini tidak berjaya Negara kita akan mengalami kerugian yang sangat besar bahkan boleh menyebabkan Negara kita tergadai kepada pihak luar. Hutang kerajaan yang sedia ada telah mencecah RM456.1 billion, nilai ini mungkin akan bertambah sekiranya pihak kita gagal mengawal ekonomi dengan baik.

Seterusnya, tidak ada agenda khusus dan mantap bagi memastikan ekonomi Melayu dilaksana secara berkesan, tidak mengambil kira faktor keadilan sosial dan keharmonian kaum serta menetapkan 40 peratus orang Melayu berpendapatan rendah. Selain itu, dasar baru itu mengamalkan konsep liberalisasi dalam semua sektor yang akan menguntungkan golongan yang kuat iaitu bukan Melayu, mengurangkan peranan kerajaan dengan memberi keutamaan kepada sektor swasta dan lebih kepada kadar pertumbuhan berbanding pengagihan. seterusnya, pasaran terlalu bebas akan meninggalkan kesan kebencian kepada kaum yang memonopoli sehingga menimbulkan keadaan negara yang tidak stabil. 

Kesimpulannya, Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya dipraktikkan manakala keburukannya ditinggalkan atau diperbaiki.

Thursday 19 July 2012

Apa itu 1 MALAYSIA???


1. PENGENALAN 


Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
 
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.   Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan  sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.   Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.  

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1  Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1  Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
 Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing.  Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja.  Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.  Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.  Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2  Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”  telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.  Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN  KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu  menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud  buat sekian lama.  Keadilannya diambil secara membuta tuli  dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.  Tetapi  konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat  dalam ruang lingkup yang berbeza”.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia  juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa  Malaysia.  Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya  terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti  dan sejarah negara Malaysia.


4.  KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.  Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.


5.  HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.  Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru.  Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan.  Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya.  Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


6. MATLAMAT
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1  MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
7.2.6 Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan
7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat  Malaysia.
7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


7.4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,  Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 
7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. 
7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang  kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6  MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1  Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
   atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan  pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah menjadi  tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..
7.6.2 Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.
7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7  PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai  minda yang sentiasa terbuka.
7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
7.7.4 Semua aliran, sama ada  sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi  dengan mengadakan aktiviti bersama.
7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
7.8.4 Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
7.8.5 Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 
7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


8. KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat  sebagaimana kehendak  prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

"bersatu la kita kerana kita 1malaysia...tiada garis pemisah antara kita..
 jom hidup bersama dalam kedamaian "

NOTE FOR CTU553


Nota CTU 553
KURSUS CTU 553; HUBUNGAN ETNIK


TAJUK 1
KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP ETNIK
• Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.


Konsep Negara Bangsa
• Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

• CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

KONSEP MASYARAKAT
• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.

2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.

3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.

4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.

3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra

KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)

*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
• iv. pertembungan budaya.
• v. konflik yang berlaku.
• vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.

PLURALITI BUDAYA
Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.
.
“Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) “




TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
• Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

• Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.

• Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
• 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
• 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

• Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

.Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.


TAJUK 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Definisi
• Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
• Masyarakat Plural dari J.S.Furnivall (1948):
– Di Burma , seperti juga di Jawa, barangkali perkara yang awal menarik hati seorang pelawat ialah campuran kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi tidak bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bergaul tetapi hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud pembahagian tugas mengikut garis perkauman
• Ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada azam sosial bersama

Prulraliti di Alam Melayu
• Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa paksaan oleh mana2 pihak / kuasa
• Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia
• Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah
• Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta pecah/bahagikan wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.

• Pembentukan masyarakat berubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
• Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan dipaksa bergaul dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi.
• Masyarakat migran itu pula dtg dr pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa masuk utk jadi buruh

• Masyarakat Plural juga perkenalkan:
– Ilmu,Konstruk social,Perbendaharaan kata, Idiom
– Institusi spt peta, banci, muzium & kategori etnik, ekonomi kapitalis dan birokrasi politik (yg tidak diketahui oleh masyarakat peribumi pd masa itu)
• Wujud “METODOLOGIKAL NASIONALISME”
– Iaitu satu cara membina dan menggunakan ilmu berasaskan kewilayahan negara-bangsa.
- Metod ini ketepikan konsep yg mengatakan kehidupan sosial adalah bersifat sejagat dan tanpa sempadan
– Hasilnya: wujudlah Kajian Malaysia, Kajian Indonesia dll

PLURALITI – MASYARAKAT PLURAL
• bukan semata2 satu ilmu yg menjadi titik permulaan, tetapi juga satu konstruk (gagasan) sosial yg sebenar yg direstui dan dilengkapi dgn gugusan:
• Idea-idea, Perbendaharaan kata, Idiom2 yg wujud di kalangan kehidupan seharian masyarakat Asia Tenggara

HURAIAN : Pluraliti
Mereka datang berdagang secara sukarela utk cari kehidupan dan
a kekayaan
mereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat utk
a tinggal terus/menetap- keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang
KESANNYA: wujud interaksi yg harmoni dgn penduduk, alam sekitar dan
a sistem sosial-politik-agama di tempat baru itu
mereka sanggup juga berkahwin
a dgn masyarakat tempatan (asimilasi) – seperti masyarakat Cina baba
amalan
a dan adat resam yg diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan seperti adat bersanding, maggar, bunga telor. Hasil asimilasi dgn pendtg India

Huraian: masyarakat Plural
• Pendatang asing dari China dan India di bawa masuk demi kepentingan ekonomi-politik Inggeris
• Mereka didatangkan khas utk kerja sbg buruh
• Buruh2 Cina: di lombong2 bijih timah dan emas
• Buruh India: diladang getah
• Mereka dtg tanpa keluarga bersama
• KESANNYA: hasrat utk pulang ke negara asal tidak pernah padam dr jiwa mereka, gagal berasimilasi dgn penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-sosial-agama.
• Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok masyarakat dgn sistem sosio-politik-agama mereka sendiri.
• Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yg hidup dgn dunia mrk sendiri- terasing dr kelompok yg lain walau di tempat yg sama

PLURALITI BUDAYA DI ALAM MELAYU
A) Hubungan dgn China dan India
– Hubungan telah lama wujud melalui perdagangan dan alam Melayu jd tempat persinggahan pedagang drpd 2 negara ini.
– Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama di alam melayu (Sri Vijaya) yg menjd tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme utk dalami pengajian mereka. Ia wujud abd ke 7M, ada 1000 penuntut
B) Zaman hinduisme dan Buddhisme
• Hinduisme & Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan rakyat biasa di alam Melayu
• Sbb itu jarang terdapat nama2 yg bercorak hindu dan buddha di kalangan anak2 rakyat biasa.
• Ini berbeza dgn Islam, hampir kesemua nama2 diberikan berdasarkan nama2 Islam
• Juga tidak ada kitab2 besar spt falsafah, ketuhanan, fizik dsbgnya berasaskan Hindu & Buddha di alam Melayu kecuali kitab2 keseniaan
• Hindu & Buddha diterima baik di kalngan pemerintah alam melayu sebelum kedatangan Islam.
• Ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan yg diutus ke bumi, rakyat perlu taat dan patuh
• Kebesaran raja2 ini digambarkan melalui candi2
C) Penjelmaan dari segi material dan non-material
• Perubahan bersifat EPISTEMOLOGI (asal mula sesuatu ilmu pengetahuan)
• Iaitu perubahan dr segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu, seterusnya perubahan cara kita memahami sesuatu
• Sebelum kedtgn Inggeris, ilmu pengetahuan di alam melayu lebih byk berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik (org Melayu memahaminya sbg ilmu yg bersumberkan alam ghaib).
• Alam ghaib ialah alam non-material yg wujud di luar pengalaman pancaindera manusia (con: amalan perubatan dukun/bomoh yg menggunakan jampi serapah dlm berinteraksi utk ubati penyakit)
• Selepas kdtgn Inggeris: BERUBAH dr epistemologi metafizik yg bersifat non-material kepada epistemologi Fizikal yg bersifat rasional saintifik.

• Asas ilmu epistemologi fizikal ialah pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera & kemudian diperkukuhkan dgn alat2 saintifik spt mikroskop
• Epistemologi inilah yg kemudiannya memperkenalkan ilmu, kontrak sosial, perbendaharaan kata, & institusi yg tidak diketahui oleh msrkt peribumi spt peta, banci, muzium, ekonomi kapitalis, birokrasi politik dll
• Semua ini kemudiannya dikenali ‘ILMU KOLONIAL’.

KEMUNCAK PLURALITI = ZAMAN KESULTANAN MELAKA

PEMERINTAHAN
Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia) diakui sehingga digelar “The Venice of the East’
Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap).
Perlembagaan melaka berdasarkan ajaran Islam – Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka.Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan kerajaan Melaka

2) PERDAGANGAN
Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan dgn lancar dan maju
Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin sussana yg aman dan selamat kpd pedagang
Kepulauan Melayu terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah ketika itu
Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.

3) KEPENDUDUKAN
Zaman pluraliti – proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan
Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan
Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan
Wujud masyarakat Baba, mamak
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum

4) KEBUDAYAAN
• Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju sbg pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan Selat Melaka

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAISTIK OLEH PENJAJAHAN EROPAH
• Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dgn ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara (khususnya Tanah Melayu)
• Kedatangan kuasa Eropah spt Portugis, Belanda dan Sepanyol berbeza dgn kedatangan Inggeris
• Eropah :lebih menekankan imperialisme dlm misi kedatangan mereka
• Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, menjajah fizikal (kaut segala sumber alam yg ada spt bijih, getah utk kepentingan ekonomi mereka hingga terpaksa bawa masuk buruh Cina dan India) dan mental (perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kpd penduduk tempatan).
Hasilnya…..
• Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yg ramai sedangkan mereka sedikit shj
• Begitu juga di India, 120,000 org Inggeris berjaya memerintah 600 juta org India
Bukan shj membentuk…. Pluraliti sosial… tetapi juga Pluraliti Alam Sekitar
• Tidak ramai yg sedar bhw pohon2 yg tumbuh di sekeliling kita sebenarnya byk di bawa masuk drpd pelbagai kawasan lain di dunia
• Bunga Raya (Bunga Kebangsaan):dr Kepulauan Pasifik
• Getah: drpd Brazil
• Ini menunjukkan bukan manusia shj yg membentuk sistem sosial di Asia Tenggara bahkan muka bumi dan alam sekitar juga mudah berinteraksi dgn tumbuhan drpd kawasan lain di dunia.
Penjajahan British: Prinsip, sistem, struktur dan dasar
• Penjajahan British – Asas kpd pembentukan masyarakat plural
• Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu di waktu mereka telah maju dgn ilmu pengetahuan mereka terutama dlm bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen
• Mereka telah memisahkan antara agama dan sains moden.

KAEDAH DAN PRINSIP PENTADBIRAN PENJAJAH
• Pemisahan negara dr Agama (Pecah Perintah)
• Agihan Kuasa
(kehakiman, eksekutif, perundangan)
• Federalisme
Sambungan…
• Akibat pertelingkahan antara gol. agama dan saintis di Eropah semenjak abad ke 16 -18M, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah kpd agama dan sains moden
• Ia dinamakan sbg ‘Rocks of The Ages: Science and religion in the fullness of life’ oleh Stephen J.Gould
• Masyarakat juga terpisah dua iaitu yg menyokong agama & yg menyokong sains moden

• Ilmu yg berasaskan sains moden akhirnya mendpt sokongan majoriti
• Agama kemudiannya dijadikan anutan individu shj
• Ilmu sains moden dijadikan ilmu asas utk memerintah negara
• Dasar ini diteruskan oleh Inggeris di neg jajahannya termasuk Tanah Melayu
• Oleh itu, bila mereka dtg, dasar yg diterapkan ialah pentadbiran negara dikawal oleh mereka manakala hal ehwal agama (Islam) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan-sultan

• Inggeris turut perkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan agihan kuasa iaitu:
• KEHAKIMAN
• EKSEKUTIF
• PERUNDANGAN
• Ketiga2nya tidak boleh bercampur aduk- ada bidang kuasa masing2
• Ini berbeza dgn sebelum zmn Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku kerana raja dan sultan ada kuasa mutlak
SISTEM DAN STRUKTUR
• EKONOMI KAPITALIS
• PEMERINTAHAN MODEN
• PENDIDIKAN
PEMERINTAHAN MODEN
• Hasil pemisahan antara negara dan agama, terbentuklah sistem pemerintahan moden berasaskan ilmu saintifik moden.
• Sebelum kedatangan Inggeris, sistem kerajaan yg ada di alam Melayu ialah kerajaan yg mencantumkan kedua2 aspek agama dan negara
• Raja akan merujuk kpd penasihat agama utk buat sesuau keputusan penting
• Golongan agama dan raja saling berperanan dlm sistem kerajaan
Sambungan…
• EKONOMI: daripada hanya berasaskan pertanian sara diri kpd sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan yg mana kedua-duanya sangat bergantung kpd keaktifan pasaran
• Kecairan modal merupakan faktor penting bg menentukan pasang surut pasaran.
• Ertinya, ekonomi ditentukan oleh modal (ini merupakan sistem ekonomi kapitalis)
• PENDIDIKAN: diwujudkan dlm bentuk dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular.

MASYARAKAT PLURALSITIK SELEPAS MERDEKA
Masyarakat Malaysia sekali lagi alami perubahan setelah merdeka & penjajahan berakhir iaitu kewujudan:


PLURALITI BARU dalam MASYARAKAT PLURAL

1. Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
• Aspek penting dlm masyarakat pluraliti baru ialah Federalisme Berlapis
• Iaitu wujudnya 2 jenis persekutuan dlm masa yg sama iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
• Anggota bg kedua2 persekutuan ini telah mengalami perubahan dr segi bilangan anggota semenjak kemerdekaan 31 Pgos 1957
Sambungan…
• Anggota Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka pd 31/8/1957 hanyalah negeri2 yg ada di Tanah Melayu shj.
• Persekutuan Malaysia hanya terbentuk pd 16 September 1963 dgn anggotanya terdiri daripada :
• Persekutuan Tanah Melayu
• Singapura
• Sabah dan Sarawak
• (Brunei pada mulanya ingin menyertai tapi kemudiannya menarik diri)
• Jadi, kemerdekaan 31/8/1957 hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bukannya kemerdekaan Malaysia.

2. Perlembagaan & pembangunan politik
Kontrak sosial sbg satu kesepakatan yg telah dirunding
Pembentukan parti2 politik etnik sbg model permuafakatan politik (spt Parti Perikatan, Barisan sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif)
Sambungan..
•Walaupun terdpt federalisme berlapis tetapi Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang2 tertinggi negara dan rujukan kpd segala undang2 yg akan dibuat dan dilaksanakan selepasnya
Perlembagaan jd panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini

• Terdapat 2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu
PERTAMA: berlaku pd zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Ia diistilahkan sbg wa’ad.
Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yg mewakili rakyat dan Sang Sapurba yg mewakili raja/pemerintah
Oleh itu, kita boleh memahami dgn mudah mengapa org melayu sangat taat setia kpd pemerintah mereka dari kalangan sultan dan raja

KEDUA: berlaku di zaman masyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh Inggeris utk memberikan kemerdekaan kpd Malaysia
Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan setiap mereka mestilah mencapai persetujuan tuk hidup bersama secara aman damai
1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC)
Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil masing2 utk bincang kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan..
CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama ada yg mewakili pemerintah @ pembangkang
Jadi, scr naturalnya kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara pakatan dgn parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu



TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

Kandungan Perlembagaan
• Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
• Bahagian II - Kebebasan Asasi
• Bahagian III - Kewarganegaraan
• Bahagian IV - Persekutuan
• Bahagian V - Negeri-Negeri
• Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
• Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
• Bahagian VIII - Pilihan Raya
• Bahagian IX - Badan Kehakiman
• Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
• Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
• Bahagian XII - Am dan Pelbagai
• Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
• Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
• Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
• Jadual-Jadual
• Senarai Pindaan
• Senarai Perkara yang Dipinda

DEFINISI :PERLEMBAGAAN
(1). Satu set peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung jawab pihak yg mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dgn autoriti yg lain, dan juga antara autoriti dgn rakyat awam.
(2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan: Naskah sahih
• Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
• Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan salinan Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana salinan Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

• Perkara 160B. Teks sahih.
• Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

KONSEP PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara
• Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan @ rakyat
• Umumnya ia terbahagi 2 jenis:
• Pertama: perlembagaan bertulis - Perlembagaan bertulis: perlembagaan yg dikumpul & disusun dlm satu dokumen
• Kedua: perlembagaan tidak bertulis (dalam satu naskhah yang khusus) -Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang2 yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah

• Malaysia amalkan Perlembagaan Bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa drpd perlembagaan
• Perlembagaan Malaysia mengandungi
a) Teks
– 15 Bahagian
– 183 Perkara dan fasal-fasal
b) Jadual-jadual
-13 Jadual
• Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera sabah/sarawak dll

• Di Malaysia, tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia.
• Malah ketiga2 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kpd Perlembagaan Malaysia
• Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kpd sekatan2 yg dikenakan oleh Perlembagaan
• Undang2 persekutuan @ negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharka TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang2 itu bercanggah dgn Perlmbgn M’sia


• Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yg diluluskan yg berlawanan dgn perlembagaan adalah setakat mana yg berlawanan itu terbatal.
• Ini yg disebut sbg: ketinggian perlembagaan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
• Sepanjang tempoh era penjajahan, o/Melayu sentiasa bangkit menentang
• Selain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan
• Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan2 spt Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak dll)
• Juga media massa sbg medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam)
• Muncul tokoh2 spt Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll

MALAYAN UNION (MU)
• Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan MU pd 10 Oktober 1945
• Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British utk dptkan t/tangan Raja2 Melayu.

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
1. utk menyatukan negeri2 & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri2 spt Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yg besar dan sistem pentadbirannya adalah terpisah
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dgn Jepun sebelum ini dan pengenalan MU dpt melemahkan kuasa org Melayu terutamanya Raja-raja Melayu
3. Menjadi asas kepada British utk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri

CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bwh
l pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
Singapura dijadikan tanah jajahan
l berasingan
Kedaulatan raja2 Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa
l & boleh bersuara dlm soal yg menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayau shj
Hak kerakyatan yg sama bg semua org tanpa mengira bangsa
l & keturunan. Bg yg telah menetap di Tanah Melayu sblm MU, boleh jadi warga negara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas & telah menetap 10 tahun.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU
• Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dlm urusan pentadbiran negeri & hanya berkuasa dlm soal agama Islam, adat istiadat Melayu & mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
• Singapura dipisahkan dr MU & ia kekal sbg tanah jajahan Inggeris
• Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yg telah bermastautin lebih 10 tahun & lahir selepas MU, automatik jd w/negara
• Hak sama rata kpd semua w/negara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa2 keistimewaan
• Cara Sir Harold Mc Michael mendptkan t/tangan raja2 Melayu yg menggunakan cara paksaan & ugutan, spt Sultan Kedah yg telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan MU @ dilucutkan dari takhta pemerintahan.
Penentangan MU
• Januari 1946-Alor Setar, 50,000 org Melayu mengadakan demontrasi
• 10,000 org di Kelantan
• 10 Februari 1946- Johor, lebih 150,000 adakan demontrasi
• Tapi MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946 & Sir Edward Gent sbg gabenor pertama
• Org Melayu pulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dgn menggantikan MU kpd Persekutuan Tanah Melayu.
• British sedar tanpa sokongan org Melayu MU akan gagal.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
• British tubuhkan j/kuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 wakil raja2 Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
• j/kuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yg boleh diterima oleh org Melayu
• Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pd Disember 1947- terdiri drpd org Wropah, Cina dan India, tujuannya utk dptkan pdgn org bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Persekutuan T/Melayu diisytihatkan pd 1 Februari 1948

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
• 9 neg Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk PP & Melaka. Singapura kekal menjd tanah jajahan yg berasingan.
• Kerajaan Persekutuan T/Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
• Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
• Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yg terdiri drpd:
• 14 ahli rasmi
• 9 org Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
• 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka & PPinang
• 50 ahli tidak rasmi yg mewakili kaum2 asing
• Sultan2 diberi semula hak & kuasa memerintah tetapi dgn nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri
• Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di T/Melayu & tlh bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorg pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bg kedua2 situasi tersebut adalah 18 tahun & mempunyai pengetahuan BMelayu yg baik.
• Org Melayu diberi hak keistimewaan sbg kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dlm Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Merintis kemerdekaan
Pilihan raya 1:
1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
menang semua kerusi yg dipertandingkan (9)

Pilihan raya 2:
Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
12
q kerusi dipertandingkan
Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas
1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu
1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

• Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan Melayu boleh berkerjasama.
• Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & berkerjasama
• Sebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing2.
• Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
• Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yg didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dgn MCA&MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.


• Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan.
• Diketuai Tunku Abdul Rahman.
• Wakil Raja2 Melayu:
• En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
• Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
• Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
• Wakil Perikatan:
• Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm Negeri) selaku KETUA
• Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
• Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
• Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
SETIAUSAHA: T.H.Tan


• Rundingan berlangsung mulai 18 Januari – 8 Februari 1956 (3 minggu)
• Hasilnya: 8 Feb 1956 t/tangan Perjanjian London:
• British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957
• T/Melayu berada dlm lingkungan Komanwel & menjlnkan pemerintahan scr demokrasi
• British mendpt hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
• Sebuah badan bebas ditubuhkan bg menggubal Perlembagaan T/Melayu iaitu Suruhanjaya Reid
• Jawatan S/usaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dgn Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan, & dipegang oleh rakyat tempatan.

• Perlembagaan Persekutuan T/Melayu tlh digubal oleh Suruhanjaya Reid yg ditubuhkan 1956.
• Keahliannya:
• Lord Reid (British)
• Sir Ivor Jennings (British)
• Sir William Mckell (Australia)
• Hakim B.Malik (India)
• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

• s/jaya ini tlh meminta cdgn & pdgn parti2 politik, org ramai, individu2 & Raja2 Melayu.
• Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang tlh mendpt persetujuan &pdgn semua rakyat. Inilah adalah sebahagian daripada KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL
• Persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara.
• Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan yg longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bg bukan Melayu)
• Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
• Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September 1963

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN& KONTRAK SOSIAL
• Unsur2 tradisi adalah faktor penting utk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
• Ia juga kontrak sosial yg tlh disepakati
• Unsur2 tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera Sabah Sarawak & pemerintahan beraja
• Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan
• Dianggap sbg isu sensitif yg dilarang dijadikan isu perbincangan awam
PERLEMBAGAAN MALAYSIA: perkara-perkara yg menyentuh Hubungan Etnik
• Perkara 3 (1) Islam sbg ugama bagi Persekutuan
• Perkara 8: persamaan & hak sama rata & pengecualian peruntukan ini dlm soal agama, kedudukan istimewa org Melayu dan seumpamanya.
• Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, org Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.
• Perkara 38: kuasa Majlis Raja2 menghalang parlimen membuat undang2 yg menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, org Melayu, Islam & bahasa Melayu
• Perkara 150 (6) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
• Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
• Perkara 153: kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum lain.
Lain-lain peruntukan dalam perlembagaan Malaysia tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu
• Perkara 90
• Perkara 8(5)
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
(Perkara 153)
• Hak ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
• Tp perkara ini juga melindungi kaum2 lain iaitu yang DiPertuan Agong bertanggung jawab melindungi hak2 mereka yg sah menurut peruntukan lain

Siapakah MELAYU dan BUMIPUTERA Sabah & Sarawak?
• Dlm Perlembagaan Malaysia –Perkara 160, MELAYU ditakrifkan sebagai:
• Lazimnya bertutur dlm Bahasa Melayu
• Beragama Islam
• Mengamalkan adat istiadat Melayu

• Manakala BUMIPUTERA Sabah & Sarawak ialah:
• Sarawak: terdiri dr mana2 satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit, atau dia berketurunan campuran dr kaum tersebut.
• Sabah: anak atau cucu kpd seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

JUSTIFIKASI/RASIONAL
RASIONAL PERKARA 153
• Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan bukan Melayu.
• Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak keistimewaan org Melayu.
• Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan
• w/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.
3 perkara dlm Perkara 153
• Perkhidmatan Awam
• Tanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS dgn memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam persekutuan yg baginda fikirkan perlu.
• Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang olehnya.
• Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm perkhidmatan awam mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yg lain.
• Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu kadar bilangan dlm perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di awal kemerdekaan, sedikit sangat bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.
2. Ekonomi
• Rata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan berada dlm kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.
• Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
• Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.
• Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu) belum tercapai.
• Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan (lihat k/kerja)
• Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.
• Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi lesen perniagaan dan premis perniagaan yg strategik
3. Pendidikan
• Penjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu dlm kemiskinan.
• Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg lebih baik drpd i/bapa mereka.
• Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu.
• 1970: bilangan pelajarbumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah 40.2% berbanding non-bumi 56.2% - contoh, di UM
• Peratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah
Sambungan….
• Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur, peguam) pd 1970 hanya 4.9% atau 225 org.
• Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal ketinggalan (tahun 1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )
• Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun ia masih lagi tertinggal jika dibandingkan non-bumi.
• w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan tidak menghapuskan sekolaj jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg merdeka hingga sekarang.
• Pengekalan ini seolah bercanggah dgn Penyata Razak 1956 yg mahu mewujudkan sistem penddk kebangsaan
– Pengekalan sekolah ini t/bgt menyumbang ke arah integrasi nasional demi mengukuhkan perpaduan kaum
Sambungan…
• Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggi

RASIONAL PERKARA 152
• Rasional pemilihan bahaa Melayu sbg bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu telah menjd lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dr segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
• Pd 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kpd Gabenor Singapura dlm bahasa Melayu.
• Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu pelajari BMelayu, ambil ujian BMelayu dan perlu lulus. Barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu.
• Jelas BMelayu telah diterima sbg bhs rasmi sejak sebelum dan semasa zmn penjajah.
• Bahasa Melayu (Perkara 152)
• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yg mengikut implikasi yg diperlukan mestilah digunakan utk maksud2 rasmi)
• Tiada siapa yg dilarang daripada menggunakan (selain drpd maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa2 bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan & pembelajaran bahasa lain dlm persekutuan.

RASIONAL PERKARA 3
• Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahun
• Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.
• Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm Perkara 60
• Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.
• Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan undang2 Islam ialah undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang2 tersebut.
2) Agama Islam ( Perkara 3(1) )
• Agama Islam adalah agama persekutuan
• Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan utk menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.
• Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan.
• Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap org berhak utk menganut & mengamalkannya.
Hak penganut agama lain ialah:
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang2


TAJUK 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

MATLAMAT: pembinaan negara-bangsa
(DEFINISI NEGARA-BANGSA):
bermaksud suatu wilayah yg mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.Suatu bangsa harus membentuk suatu negara tetapi disebabkan berlakunya migrasi, peperangan @ penjajahan, terdapat bangsa yg tidak bernegara, atau negara yg tidak berbangsa.
Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sbg sebuah negara-bangsa yg sempadan wilayahnya terdiri drpd gabungan daerah yg berbeza, gabungan ‘bangsa’ yg berbeza, gabungan ‘kerajaan’ yg berbeza- maka isu pembinaan negara-bangsa ini adalah sangat penting.

METOD:
Perubahan Aspek struktural dan budaya
Sekularisasi budaya politik
Partisipasi politik yang lebih besar dalam kalangan rakyat
pembentukan dan perlaksanaan dasar awam seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara.

UKURAN PENCAPAIAN
Berdasarkan tahap integrasi nasional yg dpt diukur secara kualitatif atau kuantitatif.

Ini termasuklah kejayaan dasar2 nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihan raya, ukuran perbandingan dgn negara lain dan kebebasan bersuara.

REALITI MALAYSIA: KERENCAMAN DEMOGRAFI POLITIK
Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen.
Sejak p/raya 1994 dan 2004 DRakyat ada 219 wakil
Dominan Melayu dlm politik negara jelas & nyata
Kerusi majoriti sebanyak 186: iaitu Melayu Semenanjung ada 125 kerusi & 31 kerusi Bumiputera Sabah Sarawak (kesemuanya 156), 30 kerusi Cina dan 33 kerusi plural (bukan majoriti)=219
Kerajaan yang stabil memerlukan semua kaum berkerjasama dan berkongsi kuasa kerana tiada kaum akan dapat memerintah tanpa sokongan kaum yang lain.

KEMUNCULAN PROSES POLITIK BERPARTI SEMENANJUNG MALAYSIA
Bermula Selepas Jepun menyerah kalah & Inggeris kembali ke Tanah Melayu.
Penentangan terhadap Malayan Union – penubuhan UMNO, MCA & MIC, membawa kepada pembentukan parti PERIKATAN.
Semua parti2 ini ditubuhkan berdasarkan perkauman tapi kerjasama etnik dapat dicapai dlm gabungan yg besar ini.
Percubaan menubuhkan parti berdasarkan pelbagai etnik tlh berlaku bermula dgn Dato’ Onn Ja’afar, hingga sekarang tapi tidak pernah berjaya.

MELAYU - Pesaing UMNO terhadap sokongan Melayu adalah PAS, Semangat 46, Keadilan.
CINA – pesaing MCA terhadap sokongan Cina adalah beberapa parti dlm BN (seperti GERAKAN) dan juga di luar BN (seperti DAP).
INDIA – MIC tiada pesaing yg signifikan sehingga pertengahan 1990an. Pesaingnya kemudiannya adalah dari dlm BN & luar BN.
Tetapi ia berubah selepas itu dgn penubuhan PPP (People’s Progressive Party) yg mendpt sokongan padu/majoriti di Perak.
MIC – pesaing dari luar prti adalah IPF (All Malaysian Indian progressive Front) di bawah pimpinan M.G Pandithan (bekas pemimpin MIC yg disingkirkan).
IPF sentiasa memberi sokongan/kerjasama kpd BN pada setiap pilihanraya tetapi masih belum diterima masuk ke BN kerana bantahan MIC.

SARAWAK
Parti terawal ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples Party – SUPP
Berasaskan berbilang etnik tapi kemudian kaum Cina mendominasikan parti ini.
Cadangan pembentukan Malaysia 1960 menyebabkan etnik2 lain menubuhkan partinya sendiri kerana menganggap parti yg ada tidak mewakilinya.
Antaranya SNAP, Pesaka, PANAS, SCA, PBB, PBDS

SABAH
Seperti juga Sarawak, pd peringkat awal cadagan penubuhan Malaysia, parti2 berdasarkan etnik ditubuhkan.
Sejak menyertai Malaysia,parti yg ada ialah UNKO (United Kadazan National Organization) – menjadi gabungan UMNO, MCA, MIC sbg model.
Lain2: USNO, BERJAYA, PBS (PBS jatuh & UMNO ambil alih).
Kejatuhan PBS membawa kpd penubuhan parti2 baru spt PBRS, PDS, SAPP

ASAS-ASAS PENTING PROSES POLITIK MALAYSIA
1.KONTRAK SOSIAL 1948 dan 1957
2. PERJANJIAN MALAYSIA 1963
Perjanjian bagi kemasukan Sabah, Sarawak, Singapura,Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak, Singapura yg dipersetujui & dimaktubkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

TAJUK 5:
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP ‘MODENISASI’
Modenisasi : satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara terutama yang baru merdeka.
Perubahan berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana

Perubahan Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg disebut modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.)

Perubahan Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini diistilahkan juga sebagai‘PEMBARATAN’

PEMBANGUNAN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN
MATLAMAT pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri.

METODE yg digunakan:
Pembangunan teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional dikesampingkan untuk memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2 canggih.
Pembangunan pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd pertanian komersial.
Industrialisasi; iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn menggunakan teknologi canggih.

UKURAN PENCAPAIAN:

Pertumbuhan yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti KNK (Keluaran Negara Kasar)=GNP (Gross National Product)

SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA
1.Sebelum Penjajahan
Mengamalkan sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri

2. Semasa Penjajahan
Bersifat dwi ekonomi; Tradisional + kapitalis

3. Selepas Penjajahan
Sistem Ekonomi moden; sektor tradisional masih wujud di luar bandar

ASAL MULA MODENISASI
Bermula melalui 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis (yg merubah sistem politik feudal Eropah) dan Revolusi Industri (yang merubah sistem ekonomi eropah).
Imperialisme dilaksanakan melalui perdagangan spt syarikat British East India Company.
Penjajahan dilakukan ke atas wilayah yg terpilih utk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan pengawalan pasaran secara berterusan.
Penjajahan telah mengubah landskap sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, ilmu & alam sekitar wilayah bukan eropah.

*Kritik terhadap gagasan Modenisasi
Banyak kritik telah dikemukakan terhadap gagasan modernisasi yang diwar-warkan sangat mulia dan positif tetapi sebenarnya membawa kepada keterbelakangan atau kemunduran terutama kepada golongan minoriti dan tradisional
Modenisasi juga adalah anti tradisi.
Akibatnya sistem kepemimpinan tradisional, sistem ekonomi sara hidup dan keupayaan teknologi/kraf tempatan pupus
Kelompok yang paling kehilangan ialah masyarakat pribumi atau masyarakat tradisional yang berada di luar daripada sistem kapitalis.

PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

MATLAMAT:
Peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

UKURAN PENCAPAIAN bg pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
Kualiti hidup masyarakat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA
Melalui proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di eropah.
Begitu juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur sebagai sokongan kpd industri asas.
Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung keperluan eksport dan import
Tenaga buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat ‘division of labour’ mengikut kelompok etnik.
Ciri-ciri etnik dalam struktur ekonomi di Malaysia
Demografi: Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti.
Politik: etnik Melayu membentuk majoriti.
Tetapi majoriti dlm demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dlm ekonomi.
Etnik Cina adalah majoriti dlm ekonomi.
Inilah yg menjd isu dlm pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kumpulan etnik.
Ini berlaku akibat dasar’pecah & perintah’ British, yg hampir tidak memungkinkan setiap kaum bertemu/bergaul > Plural society.

Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah.
Pulangan dan gajinya juga rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor tradisi sementara orang Cina menguasai sektor yg lebih maju dan berteknologi tinggi.
Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.
Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara orang Cina & India pula cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang perkhidmatan dlm sektor2 pentadbiran.

Rasional Modenisasi
Perlu demi integrasi ekonomi!
Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2 ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan.
Dasar2 ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.


Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2 rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang Dunia Kedua.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri, dgn tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1 (1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2 (1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport.
RMK-3 (1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4 (1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan pembangunan yg menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar pengswastaan.
RMK- 7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri berasaskan K-ekonomi.


DASAR-DASAR AWAM: PERTANIAN, PERINDUSTRIAN dan K-EKONOMI
1960an dan 1970an, meskipun pembangunan berubah kpd perindustrian tetapi sektor pertanian masih diutamakan.
Seseuai dgn dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yg bertanggung jawab utk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar tlh diwujudkan spt FELDA, FELCRA dan MARA.
1980an dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian & beberapa dasar tlh digubal spt Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai dgn perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi tlh disusun utk meningkatkan pembangunan ekonomi yg berteraskan kpd teknologi ICT dan K-ekonomi.

DASAR PERTANIAN
Kerajaan telah mengadakan beberapa agensi pembangunan utk memberi kemudahan kpd petani, antaranya:
MARDI (Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian M’sia)
Jabatan Pertanian: mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan teknologi baru.
Lembaga Pertubuhan Peladang: mengadakan kemudahan perolehi bahan2 baja, racun, jentera kenderaan, memproses dll
FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan): mengelolakan pemasaran hasil2 yg dikeluarkan.
Bank Pertanian: mengelolakan kemudahan kredit utk rancangan projek pertanian.
Jabatan Perikanan & Haiwan: memberi nasihat & tunjuk ajar ternakan dan perikanan.

ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Antara agihan dan pertumbuhan
Berbeza antara kelas sosial iaitu kelas atas, menengah dan bawah
Berbeza antara kelompok etnik- Melayu, Cina, India
Antara Hak samarata (Perkara 8) dan Hak Istimewa (Perkara 153) Perlembagaan Malaysia
Perkara 8(1) menegaskan semua org adalah sama rata di sisi undang2. Ini telah digunakan oleh sesetengah pihak utk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan & dicapai di Malaysia. Oleh itu, mereka berpendapat Perkara 153 (hak istimewa Melayu & Bumiputera) harus diteliti semula.
Tetapi Perkara 8(2) telah menyatakan; ‘kecuali sebagaimana dibenarkan dgn nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap w/negara semata2 oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dlm mana2 undang2 atau dlm pekerjaan

DEB dan hubungan kaum
Ada 2 matlamat; iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
1971-1990
Usaha utk meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurangnya2 30%
Punca rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah disebabkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum


Pendidikan, Ekonomi dan etnisiti: Bahasa, sains dan ekonomi
Kedudukan bahasa sebagai bahasa penyatuan
Sikap skeptik terhadap kemampuan bahasa kebangsaan masih ada
Selepas hampir 50 thn merdeka peranan dan penguasaan bahasa Malaysia telah meningkat
Wujud dualisme kini dalam perlaksanaan bahasa malaysia sbg bahasa kebangsaan

GLOBALISASI, EKONOMI MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
Kejayaan ekonomi Asia pd 1980an & 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yg mana banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.
Akibat aliran keluar masuk modal asing itu juga telah menyebabkan negara2 Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi 1985-86 dan 1997-98

Krisis ekonomi 1985-86 & 1997-98 Dan Implikasinya
Meninggalkan kesan kpd syarikat2 besar, kecil dan sederhana samada yg dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu
Syarikat bukan Melayu dpt bertahan kerana lebih byk pengalaman
Tetapi syarikat Melayu/bumiputera yg kebanyakannya lahir dr DEB dan Dasar Penswastaan berhempas pulas utk bertahan.
Pertengahan 1998, 191 syarikat majoriti sahamnya milik bumiputera telah muflis, 25,000 syarikat IKS alami masalah

Ekonomi Islam dlm ekonomi arus perdana Malaysia

1970an kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan Islam semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan dasar ini diperkenalkan
1. mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2. meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3. merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4. mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu mencapai matlamat DEB
9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm bidang ini akan tercapai.


Tajuk 6:
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

PROGRAM INTEGRASI DI MALAYSIA
1.Kejayaan Malaysia stabil sebagai sebagai sebuah negara pelbagai etnik ada kaitannya dengan kejayaan program permodenan politik dan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan sejak awal zaman kemerdekaanya.

2. Sejarah dan pengalaman pluraliti yang telah wujud sejak zaman awal persejarahan iaitu dengan kedatangan orang-orang Cina dan India juga meletakan asas yang kukuh untuk berlakunya integrasi yang lebih tulin.

DASAR DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN:
Ada dasar dari atas ke bawah seperti;
1. RUKUN NEGARA
Diperkenalkan 31 Ogos 1970
Utk memupuk integrasi nasional ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 yg berpunca dari jurang sosio-ekonomi yg jauh antara Bumiputera dgn bukan bumiputera
5 PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kejayaan Dasar ini
.Menjadi Ideologi Negara dan identiti negara bangsa
.Mewujudkan nilai-nilai sepunya bagi semua etnik
.Mewujudkan wawasan atau cita-cita yang dikongsi bersama

2. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA dan DEB
Dasar pemulihan dan langkah memperbetulkan ketidakseimbangan antara kaum dlm pelbagai sektor
Mewujudkan masyarakat bumiputera yg aktif dlm perniagaan dan industri.
Komuniti perniagaan Malaysia.

Kejayaan Program Ekonomi & DEB
.Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar
.Menghilangkan monopoli ekonomi oleh sesuatu etnik sahaja
.Berjaya menyusun semula struktur ekonomi Malaysia. Cth dari agrarian kepada industri dan seterusnya pertanian industri
..Meningkatkan kualiti hidup rakyat

3. Perspektif Wawasan 2020
Wawasan 2020 juga adalah respons kepada pembangunan ekonomi , sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
Wawasan ini menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi
Dari segi ideanya ia bertujuan mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri (Tun Mahathir)
Untuk merealisasi wawasan 2020 ini 9 cabaran untuk diharungi telah dikenal pasti.

Kejayaan Wawasan 2020
.Berjaya mewujudkan perkongsian wawasan
.Menyiapkan masyarakat dalam menghadapi masa depan
.Mengukuhkan solidariti rakyat dari bebagai etnik
.Satu pelan tindakan nasional

4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada pembinaan masyarakat yang harmonis
Perkembangan dasar pendidikan dari Penyata Razak (1956) >Ordinan Pelajaran 1957; Laporan Rahman Talib (1960) > Akta Pelajaran 1961; dan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Dasar Pendidikan ditubuhkan pd 1974 bertujuan memperbaiki sistem pendidikan negara dgn matlamat supaya berjaya lahir satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih bagi pembangunan negara.
Ada Falsafah dan matlamat pendidikan negara dan ada Strategi pelaksanaan

Kejayaan Dasar Pendidikan Nasional
.Integrasi yang berkesan untuk generasi muda
.Memperkasakan bahasa kebangsaan
.Menekankan pembinaan daya rohani dan jasmani
.Projek deperti sekolah wawasan dan RIMUP

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar pepaduan melalui kebudyaan berdasarkan 3 prinsip utama
1. Islam sebagai teras utama
2. Budaya asal Malaysia sebagai rujukan utama
3. Budaya kaum lain yang tidak betentangan dengan prinsip awal di atas adalah pelengkap
Impak/Kejayaan
.Kurang berjaya kerana perspektif yang sempit terhadap budaya
.Prasangka

Dasar dari bawah ke atas lebih melibatkan partisipasi masyarakat dan NGO. Antaranya ialah rumah terbuka, gorong royong, Rukun Tertangga dan aktiviti belia


Tajuk 7
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Bentuk HE mengalami turun naik dan ada sejarah konflik antara kaum:
Selepas pendudukan Jepun
Bukit Mertajam, 1964
Kuala Lumpur, 1965
Pulau Pinang, 1967
Peristiwa 13 Mei 1969
Iktibar Peristiwa 13 Mei:
Kerosakan harta benda & nyawa
Darurat & perintah berkurung
Mencabar kedudukan orang Melayu

1.CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1.Cabaran Sosial
2.Cabaran Ekonomi
3.Cabaran politik
4.Cabaran Nilai antara etnik; dan
5.Cabaran Globalisasi dan Teknologi


1. Cabaran sosial
Wujud kerana perbezaan seperti:
Pemisahan Fizikal
Sistem Pendidikan yang Berasingan
Polarisasi dalam kalangan Pelajar
Kontrak sosial yang didefinisikan mengikut kepentingan etnik masing-masing

2 Cabaran dari aspek ekonomi
Penguasaan Ekonomi yang berbeza
Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan sektor Ekonomi

3 Cabaran dari aspek politik
Politik perkauman yang kuat dan sempit akan meyukarkan cabaran HE yang sedia ada.

4. Cabaran Nilai antara Etnik
Perbezaan nilai wujud kerana adanya perbezaan hasil kepelbagaian agama,adat istiadat, bahasa dan kebudayaan. Semua aspek ini mewujudkan nilai yang tersendiri dalam sesebuah etnik itu.


5. Cabaran Globalisasi & Teknologi
Proses globalisasi @ pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik barat sejagat, adalah antara cabaran yg terpaksa dihadapi oleh rakyat M’sia.
Era kini, penjajahan tidak lagi boleh diterima.
Kini mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia.
Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai2 negatif, ekonomi bebas, S&T.
Semua itu memusnahkan, begitu juga dgn sistem politik (demokrasi) yg mereka canangkan sbg yg terbaik.
Mereka export segala macam keburukan yg merosakkan negara & alam sekitar, budaya hiburan, eksploitasi sumber manusia & bahan mentah.
Globalisasi dlm bentuknya yg terselindung adalah lanjutan proses penjajahan budaya yg berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kpd pembinaan jatidiri & tamadun Malaysia.

2. PEMBINAAN JATIDIRI ACUAN MALAYSIA

Apakah jatidiri?
ciri2, gambaran atau keadaan khusus seseorang
Identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme & kewarganegaraan yg semuanya menjurus kpd ketahanan & kemurnian nilai sesuatu bangsa.
Oleh itu, jatidiri adalah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif & dominan sifatnya yg dapat mencirikan rupa & peribadi bangsa. Samada tentang semangat, sikap,pendirian, kepercayaan, tekad & visi bangsa.

Beberapa Pendekatan Pendekatan pembinaan jati diri cara Malaysia berbeza dari pendekatan yang digunakan oleh negara lain

Misalnya di Amerika Syarikat mereka membawa pendekatan salad bowl’ dgn segala kumpulan etnik yg mempunyai identiti sendiri iaitu hampir semua penduduk dunia ada wakilnya di US Mereka juga bangga dgn perbezaan ini.Semua mereka berbeza & itulah kesamaan yg mereka war2kan

Di Indonesia pula
Menggunakan pendekatan pancasila, bahasa dan semangat keIndonesiaan yg diasaskan oleh Soekarno.
Tidak ada rakyatnya yg tidak fasih berbahasa Indonesia.
Pancasila pula lebih penting daripada agama dlm kehidupan harian.
Ia menjadi falsafah hidup yg lebih penting drpd Syariah, jika seseorg itu beragama Islam.

Singapura pula melaksanakan
Program ‘socio-engineering’, dgn taburan demografi penduduk yg khusus & penulisan semula sejarahnya
Setiap kawasan perumahan merangkumi kumpulan yg dominan & pemecahan kumpulan2 minoriti.
Con: Kebanyakan org Melayu tidak dikelompokkan bersama2.
Dgn cara itu, mereka berharap boleh menghasilkan generasi baru yg lebih ‘Singaporean’ drpd sebelumnya.
Agama tidak begitu diambilkira sbg faktor terpenting & yg menjd pegangan adalah ajaran Confucius sbg nilai etika sejagat utk penduduknya.

3.FAKTOR PENENTU KEJAYAAN INTEGRASI

1.Keazaman Politik
Pemimpin mempunyai niat yang ikhlas utk menginstitusikan hubungan etnik.
Dari sini tercetus kemahuan & kesukaan serta aktiviti yg disengajakan dlm bentuk pelan tindakan yg berkesan, yg berlaku akibat adanya niat itu tadi.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran pentingnya hubungan etnik yang harmonis

2.Khalayak Kritikal
Ada 2 aspek.
1. Adanya Kumpulan sasar terutama generasi mudan, dan;
2.Adanya satu badan induk yg menjadi pemangkin kpd semua program hubungan etnik & integrasi.Iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
Dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yg dlm proses mengeluarkan agen2 integrasi nasional dan hubungan etnik.

3.Kekukuhan Ekonomi
Faktor ekonomi sangat memainkan peranan dlm menentukan kejayaan & keberkesanan hubungan etnik yg wujud di M’sia.
Pengajaran telah terpahat dlm peristiwa 13 Mei.

4.Kedudukan Agama Islam dan menerima perbezaan agama
Sesuai dengan pengaruh dan fungsi signifikan Islam dalam masyarakat Malaysia dan sebagaimana termaktub dalam PP perkara 3(1)

5.Berkongsi Wawasan.
Contohnya wawasan 2020 yang dikongsi bersama untuk membawa masyarakat Malaysia maju ke hadapan

6.Penggunaan sains dan teknologi
Di Malaysia, penggunaan Mykad, 3G, interaksi virtual, perkongsian portal, penerbangan tambang murah dpt meningkatkan integrasi & eratkan hubungan etnik tanpa melibatkan perundangan.


TAJUK 8
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA

Terdapat nilai-nilai sepunya seperti pandangan tentang kekeluargaan, pandangan terhadap alam, nilai-nilai kemanusiaan dll.

Prinsip ISLAM
§ Menerima dgn positif kemajumukan etnik/ manusia : al-Hujurat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ajaran KRISTIAN
Jesus : “Love thy neighbor as thyself”

BUDDHISME
Gautama Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis

4. HINDUISME
Konsep bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama makhluk

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA
l Berkenal-kenalan (al-Ta’aruf)
l Faham-memahami (al-Tafahum)
l Bekerjasama (al-Ta’awun)
l Persaudaraan (al-Ukhuwwah)
l Berkasih sayang (al-Mahabbah)
l Jamin menjamin (al- Tadhamun)

BERKENAL-KENALAN
z Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan.
z Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.
z Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan.
z Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan agama.


PERSAUDARAAN
z Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa.
z Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan.

BERKASIH SAYANG
z Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.

z Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.

JAMIN MENJAMIN
z Rukun kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling melindungi antara satu dengan yang lain.
z Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan.

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

Ò Kemesraan komunikasi
Ò Budaya ziarah menziarah
Ò Mengambil berat
Ò Hormat- menghormati
Ò Menghormati jiran
Ò Bersama dalam membuat keputusan


KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK
z KONSEP JIRAN :
Mengikut Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.
Ditinjau dari sudut Islam, jiran itu ialah orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
z Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan unsur-unsur seperti berikut:
§ Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
§ Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
§ Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
§ Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran mereka.
§ Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:

§ Hubungan menerusi tempat kerja
§ Hubungan menerusi institusi
§ Hubungan menerusi adat istiadat
§ Hubungan menerusi aktiviti politik
§ Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
§ Hubungan menerusi aktiviti sosial
§ Hubungan menerusi aktiviti rekreasi

KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK
z Fitrah kemanusiaan
z Tuntutan keagamaan
z Memenuhi keperluan hidup
z Elak dari bergantung dengan kuasa luar 

Hope can help u olls.. :)